Nadal kecewa lockdown tenis

MADIRD, 21 APRIL – Rafael Nadal meluahkan rasa kecewa berikutan pemain tenis tidak dibenarkan untuk mengadakan latihan kerana pandemik koronavirus sementara orang lain telah dibenarkan untuk kembali bekerja semula.

Nadal melayan peminat menerusi Instagram dalam sesi siaran langsung kelmarin, yang mana dia bercakap kepada Roger Federer dan Andy Murray mengenai perasaan mereka semasa perintah berkurung. Jelajah tenis lelaki dan wanita telah dihentikan kerana virus sementara Wimbledon telah dibatalkan bulan lalu buat kali pertama sejak Perang Dunia Kedua.

“Saya tidak bermain tenis, saya tidak mempunyai gelanggang di rumah dan saya merinduinya,” katanya.

“Saya meneruskan rutin fizikal seharian saya. Dari gim di akademi saya dan mereka boleh membawakan beberapa buah mesin ketika perintah berkurung bermula supaya saya melakukan sedikit pekerjaan pada waktu pagi, dan sedikit di waktu petang.

“Ia sangat penting untuk fokus keduanya kepala dan badan dan itu yang saya cuba lakukan sepanjang masa.

“Ia adalah benar saya tidak memahami dengan baik kerana kami tidak boleh bermain tenis apabila ramai orang pergi ke tempat kerja dan malahan beberapa sukan lain, di mana kami menjarakan ruang dan kami bermain di bahagian sebelah gelanggang.

“Tetapi sayang faham kita berada di situasi kritikal, dengan kerajaan melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan dan saya faham bahawa perkara terakhir yang mereka fikirkan adalah siapa yang boleh bermain dan siapa yang tidak.

“Saya faham dengan situasi dan dengan jelas terdapat banyak perkara yang tidak logik tetapi anda mesti menerima peraturan itu.

Kerajaan Sepanyol telah melanjutkan perintah darurat sehingga 9 Mei, dengan keseluruhan rakyat diarah untuk tinggal di rumah, kecuali sebilangan kecil pekerja yang bekerja di sektor tertentu.

Sepanyol menjadi salah sebuah negara yang paling teruk dilanda koronavirus dengan kematian yang disahkan dengan 20,800 kematian kelmarin, menurut angka rasmi. – AFP