INDIAN WELLS, 17 MAC – Rafael Nadal menewaskan pemain Amerika Reilly Opelka 7-6 (7/3), 7-6 (7/5) sekali gus melebarkan rekod untuk tahun 2022 kepada 18-0 dan mara ke suku akhir Indian Wells WTA dan ATP Masters.
Pemain Sepanyol berusia 35 tahun itu memenangi gelaran Grand Slam ke-21 di Terbuka Australia pada Januari dan turut menjulang trofi di Acapulco bulan lalu dan berada di landasan terbaik untuk kejuaraan keempat di California.
Namun Nadal terpaksa berusaha keras untuk mengatasi pemain yang mempunyai ketinggian 2.11 meter (m) dari Amerika itu termasuk servis yang berkelajuan 140 kilometer sejam.
“Saya cuba menguruskan servis Opelka dengan cara terbaik,” kata Nadal yang terpaksa berdiri jauh daripada garisan belakang untuk menerima servis itu.
“Ia sukar kerana ia bukan hanya mengenai kelajuan,” kata Nadal.
“Sukar untuk membaca servisnya kerana servisnya ada kalanya datang dalam keadaan yang sukar untuk di baca.
“Ada ketikanya tidak mencukupi untuk sekadar membalas pukulan kerana dia mempunyai pukulan depan yang hebat.
“Jadi kemenangan ini sangat bermakna buat saya apabila menang menentang lawan yang paling sukar untuk saya lawan,” kata Nadal. – AFP