Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Nadal mara ke pusingan kedua Wimbledon

-

LONDON, 29 JUN – Rafael Nadal berjaya melepasi perlawanan pembukaan Wimbledon, berusaha untuk elakkan kekalahan pada set ketiga dan memaksa perlawanan diteruskan pada set keempat untuk menewaskan pemain Argentina, Francisco Cerundolo, kelmarin.

Pemain pilihan kedua, Nadal, beraksi di atas gelanggang rumput buat kali pertama sejak mengalami kekalahan pada perlawanan separuh akhir Wimbledon 2019 di tangan Roger Federer, berjaya menewaskan pemain ranking ke-41, Cerundolo dengan keputusan 6-4, 6-3, 3-6, 6-4.

Walaupun pemain Sepanyol berusia 36 tahun itu sudah berjaya merangkul kejohanan Terbuka Australia dan Perancis tahun ini, namun perjalanannya masih jauh lagi untuk mengejar juara Slam lelaki pertama sejak 1969. Selepas mendahului pada dua set pertama di Centre Court, dia terpaksa melepaskan peluang untuk mendapatkan breakpoint pada set ketiga dan kemudian berusaha untuk meraih keputusan dari 3-1 kepada 4-2 di set keempat.

“Tiga tahun tanpa beraksi di gelanggang yang menakjubkan ini, menjadikannya satu detik yang hebat kerana dapat kembali ke sini,” kata Nadal.

“Kami tidak sering beraksi di atas gelanggang rumput, terutamanya saya. Sejak tiga tahun kebelakangan ini, saya belum pernah menjejakkan kaki ke dalam gelanggang rumput,” katanya lagi.

Nadal, juara Wimbledon pada tahun 2008 dan 2010, tiba di kejohanan tersebut dengan persoalan mengenai tahap ketahanannya selama dua minggu beraksi di Terbuka Perancis, di mana kaki sebelah kirinya baru sahaja menjalani pembedahan. Sejak itu, dia menjalani rawatan rangsangan frekuensi radio, rawatan yang bertujuan untuk mengurang kesakitan pada saraf kakinya. – AFP

Reaksi Rafael Nadal meraikan selepas memenangi perlawanan menentang Francisco Cerundolo di Kejohanan Wimbledon, London. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -