Nadal mara ke separuh akhir ATP

LONDON, 20 NOV – Rafael Nadal terus menghidupkan peluangnya untuk memenangi perlawanan akhir ATP buat kali pertama selepas menewaskan juara bertahan, Stefanos Tsitsipas 6-4, 4-6, 6-2 di London untuk menempa tiket ke separuh akhir.

Pemain dari Sepanyol itu yang sudah memenangi 86 gelaran, kini sedang memburu kejuaraan di kejohanan yang belum pernah dimenangi sepanjang kariernya.

Pemain berusia 34 tahun itu layak beraksi di Final ATP selama 16 tahun berturut-turut tetapi terpaksa menarik diri dalam enam edisi.

Pemain pilihan kedua itu memenangi aksi pertama saingan round robin bertemu Andrey Rublev namun kekalahan kepada Dominic Thiem menyaksikannya perlu mencatatkan kemenangan ke atas juara 2019, Tsitsipas untuk melangkah ke separuh akhir.

Kedua-dua pemain sangat kuat dalam pukulan servis sehingga Nadal memperoleh dua break point di set pertama pada perlawanan ketujuh.

Nadal menepuk bahu Tsitsipas selepas perlawanan mereka dalam perlawanan Jelajah Dunia ATP di Arena O2, London semalam. – AP

Tsitsipas sekali lagi mengalami tekanan dalam permainan servisnya dan kali ini dia melakukan kesalahan dua kali pada break point.

Awal perlawanan yang sukar, tidak ada pemain yang dapat bertahan sehingga Nadal akhirnya berjaya mendahului 3-1.

“Secara umumnya ia adalah perlawanan yang positif untuk saya.

“Dapat beraksi di separuh akhir pada kejohanan terakhir tahun ini adalah amat penting.

“Saya gembira dengan pencapaian ini dan menantikan aksi separuh akhir bertemu Daniil Medvedev,” katanya.

Beliau menambah “Agak sukar beraksi di sini bertemu antara pemain terhebat di dunia pada setiap hari.

“Kebiasaannya anda akan berasa kepenatan tetapi tahun ia suasananya sedikit berbeza.”

Bulan lalu Nadal menyamai rekod Roger Federer memenangi 20 gelaran Grand Slam.

Terdahulu kelmarin, Thiem, yang sudah mara ke separuh akhir, tewas dengan kekalahan 6-2, 7-5 menentang Rublev dalam pusingan kalah mati.

“Dengan fakta yang menyatakan saya sudah memenuhi syarat di benak fikiran saya, mungkin hari ini sukar untuk mengekalkan intensiti itu,” kata Thiem, yang sudah mendapat tempat teratas dalam Kumpulan London 2020.

Beliau yang menduduki tempat ketiga bakal berdepan pemenang perlawanan hari ini antara Alexander Zverev dan pilihan utama Djokovic di separuh akhir.

Pemain tempat keempat dari Rusia, Medvedev telah berjaya mendapat tempat teratas dalam Kumpulan Tokyo 1970.

Arena O2 menjadi tuan rumah acara untuk musim ke-12 dan terakhir sebelum kejuaraan berpindah ke Turin. – AFP