Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nadal mara ke suku akhir Terbuka Mexico

    ACAPULCO, MEXICO, 24 FEB – Rafael Nadal mencatat permulaan terbaiknya pada musim Jelajah ATP Selasa lalu, meningkat kepada 12-0 tahun ini dengan mengalahkan Stefan Kozlov untuk mara ke suku akhir Terbuka Mexico.

    Pemain kidal Sepanyol berusia 35 tahun itu menewaskan pemain AS 6-0, 6-3, untuk mara ke perlawanan pada Khamis menentang pemain Amerika Syarikat (AS) yang menduduki ranking ke-39, Tommy Paul, yang tidak pernah ditentangnya sebelum ini.

    “Sentiasa penting untuk menang secepat mungkin, tetapi perkara paling pen-ting ialah menang,” kata Nadal. “Malam ini adalah straight set. Itu berita baik dan saya akan cuba bersedia untuk esok sekali lagi menentang lawan yang sukar.”

    Kemenangan itu mengekalkan Nadal tidak tewas dalam 12 perlawanan pada 2022, permulaan kerjaya terbaiknya untuk mana-mana tahun, mengatasi kempen 11-0 pada 2014 yang berakhir dengan kekalahan kepada Stan Wawrinka dari Switzerland pada final Terbuka Australia.

    Nadal memenangi rekod kejuaraan Grand Slam ke-21 pada Terbuka Australia bulan lalu, memecahkan rekod kerjaya 20 mahkota Slam yang pernah dikongsi bersama Novak Djokovic dan Roger Federer.

    Pemain nombor lima dunia, Nadal, yang memburu gelaran ATP ke-91 dalam kerjayanya dan juara Acapulco keempat, turut memenangi kejohanan pemanas badan bulan lalu di Melbourne.

    Nadal mematahkan kedudukan untuk mendahului 2-0 apabila Kozlov mencatat pukulan kilas dan mendahului lagi dengan pukulan depan pada perlawanan keempat dan keenam untuk memenangi set pembukaan dalam masa 32 minit. – AFP

    Aksi Rafael Nadal semasa mengembalikan bola dalam perlawanan menentang Stefan Kozlov kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...