Thursday, October 10, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal mara, Zverev tersungkur

    CINCINNATI, 17 Ogos – Rafael Nadal mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertamanya sejak kembali ke kedudukan nombor satu dunia sementara kemenangan 10 kali berturut-turut yang dicatatkan Alexander Zverev dihentikan semalam di kejohanan WTA dan ATP Cincinnati Masters.

    Nadal, juara Grand Slam 15 kali yang menjulang mahkota Terbuka Perancis ke-10 pada Jun lalu, menewaskan Richard Gasquet 6-3, 6-4, memperbaiki kedudukan kepada 15-0 dalam perlawanan ATP menentang pemain dari Perancis.

    Pemain dari Sepanyol berusia 31 tahun itu, yang tidak pernah tewas satu set kepada Gasquet dalam 10 pertemuan berturut-turut sejak Toronto pada 2008, berkata kemenangan itu adalah penting selepas penyingkiran pusingan kedua di Montreal minggu lalu.

    “Ia adalah penting untuk memenangi perlawanan pertama selepas apa yang berlaku minggu lalu di Montreal,” kata Nadal. “Saya merasa gembira dengan cara saya beraksi.”

    Nadal dilihat mengatasi Andy Murray dari Britain, yang mengalami kecederaan, di ranking teratas minggu depan apabila Roger Federer menarik diri pada Isnin lalu dari Cincinnati dengan masalah belakang.

    Rafael Nadal ketika membalas pukulan Richard Gasquet dalam perlawanan yang dimenangi Nadal 6-3, 6-4 di Cincinnati Masters. - AP
    Rafael Nadal ketika membalas pukulan Richard Gasquet dalam perlawanan yang dimenangi Nadal 6-3, 6-4 di Cincinnati Masters. – AP
    Antara aksi Zverev ketika menentang Frances Tiafoe. Zverev tewas 4-6, 6-3, 6-4. - AP
    Antara aksi Zverev ketika menentang Frances Tiafoe. Zverev tewas 4-6, 6-3, 6-4. – AP

    Seterusnya bagi Nadal, yang menikmati bye pusingan pertama, adalah persaingan pusingan ketiga menentang Albert Ramos-Vinolas ranking ke-24. Nadal memenangi tiga pertemuan sebelumnya, terbaru di final Monte Carlo pada April lalu.

    Zverev, yang memenangi gelaran di Montreal dan Washington dan memburu gelaran keenamnya, mengakui keletihan adalah faktor dalam kekalahan 4-6, 6-3, 6-4 kepada pemain wildcard remaja dari AS, Frances Tiafoe, yang berkata pencapaian luar biasa itu mula menjejaskannya.

    “Saya terjejas sekarang,” kata Zverev. “Saya sudah ‘mati’ sejak dua hari lalu. Saya tamat perlawanan itu. Saya boleh dengan mudah memenangi set kedua.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda