Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Nadal mengaum julang trofi Grand Slam 21

    MELBOURNE, 31 JAN – Rafael Nadal bangkit daripada ketinggalan dua set untuk memenangi pertarungan hebat dalam lima set perlawanan dengan Daniil Medvedev dan mencipta sejarah dengan gelaran ‘istimewa’ Grand Slam lelaki ke-21 dalam final Terbuka Australia semalam.

    Pemain hebat dari Sepanyol itu kelihatan letih ketika pemain nombor dua dunia Rusia itu mendahului dua set tetapi Nadal bangkit semula untuk satu kemenangan terhebatnya 2-6, 6-7 (5/7), 6-4, 6-4, 7-5 dalam masa lima jam dan 24 minit di Rod Laver Arena.

    Nadal berjaya memenangi perlawanan dalam saingan fizikal untuk mendahului pesaing ‘Big Three’ iaitu Novak Djokovic dan Roger Federer dalam senarai pemenang utama lelaki sepanjang masa.

    Djokovic terlepas peluang untuk menambah kemenangan Terbuka Australia sebanyak sembilan kali apabila dia telah disingkirkan kerana isu vaksinasi sebelum kejohanan bermula, sementara itu, Federer telah mengalami kecederaan.

    Ia adalah satu kejayaan terbesar untuk pemain Sepanyol berusia 35 tahun itu dalam final Grand Slam kali ke-29nya apabila dia memenangi Terbuka Australia yang kedua, 13 tahun selepas kemenangan pertamanya pada 2009.

    Reaksi Rafael Nadal merangkul Piala Cabaran Norman Brookes selepas menewaskan Daniil Medvedev dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 31 Januari. – AP

    “Saya hanya ingin tetap percaya hingga ke akhirnya untuk memberikan saya peluang dan itulah yang saya lakukan,” kata Nadal.

    “Saya akan terus berjuang untuk mencuba dan mencari jalan penyelesaian, terdapat banyak momen yang boleh menentukan perlawanan.

    “Ia amat bermakna bagi saya dan saya tahu ia adalah nombor 21 yang istimewa serta saya tahu maksudnya, kepentingannya.

    “Hari ini adalah hari yang tidak dapat dilupakan, tetapi selama enam bulan kebelakangan ini saya telah berusaha untuk kembali ke dalam gelanggang dan dengan rendah hati, saya merasa beruntung untuk memiliki satu lagi perkara penting dalam karier saya.

    “Saya tidak begitu mempedulikan kisah lalu, saya menikmati malam seperti ini yang bermakna segala-galanya bagi saya, penting untuk mendapatkan Terbuka Australia kali kedua saya lebih dari segala-galanya.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...