MELBOURNE, 17 JAN – Rafael Nadal, satu-satunya juara Terbuka Australia dalam kumpulan lelaki selepas juara sembilan kali, Novak Djokovic telah dihantar pulang, memulakan kempennya dengan permainan yang menakjubkan di Melbourne hari ini.
Pemain pilihan keenam Sepanyol telah melepaskan beberapa pukulan istimewanya iaitu pukulan depan untuk melemahkan Marcos Giron dari Amerika Syarikat dalam straight set di Rod Laver Arena.
Nadal, yang menewaskan Roger Federer untuk gelaran juara Australia 2009 dan mengejar gelaran juara Grand Slam kali ke-21, berbalas pukulan sengit dengan pemain nombor ke-66 dunia, Giron, dan menang 6-1, 6-4, 6-2.
Perlawanan seterusnya, dia akan menentang pemain Australia, Thanasi Kokkinakis atau pemain Jerman, Yannick Hanfmann dalam pusingan kedua.
“Awda tidak akan pernah tahu apabila awda kembali dari kecederaan, banyak perkara menjadi sukar, hari demi hari, tetapi saya kekal positif,” kata Nadal, yang berusaha kembali bermain selepas kecederaan kaki.
“Saya memenangi tiga perlawanan dan mendapat gelaran minggu lalu di sini. Saya mempunyai saat-saat yang mencabar, keadaan yang sukar dan banyak keraguan, tetapi saya telah dapat menguruskan kecederaan kaki ini.”
Nadal berkata bahawa dia masih lagi sedikit letih selepas berdepan dengan virus COVID-19 sebelum datang ke Australia, tetapi tambahnya: “Simptom tidak baik, saya berada di atas katil selama empat hari, tetapi saya mula berasa lebih baik dan menjalani ujian PCR negatif sebelum datang ke Australia.” – AFP