Nadal, Osaka menang anugerah Laureus

SEVILLE, 7 MEI – Pemain tenis, Rafael Nadal dan Naomi Osaka merangkul anugerah Laureus Sportman and Sportwoman of the Year kelmarin dengan pemain bintang Mohamed Salah dan juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton turut diberikan pengiktirafan.

Pemain ranking dua dunia, Nadal merangkul anugerah Laureus ke-4 ketika dia diiktiraf atas pencapaiannya menjuarai Terbuka Perancis kali ke-13 dan menyamai rekod memenangi gelaran utama sebanyak 20 kali.

Osaka, memenangi Terbuka AS buat kali kedua dan juara kejohanan utama keempatnya, kini menjuarai Laureus kali kedua.

“Memenangi Terbuka Perancis dan menyamai rekod 20 Grand Slam milik Roger Federer adalah saat yang tidak dapat dilupakan,” kata Nadal. – AFP