Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal puji sikap Zidane

    PARIS, 1 Jun – Peminat Real Madrid, Rafael Nadal (gambar) berkata bahawa dia turut bersimpati selepas mendapat tahu Zinedine Zidane meletak jawatan sebagai jurulatih juara Eropah dan memuji bintang Perancis itu sebagai ‘baik dan rendah diri.’

    Kelmarin, Zidane mengejutkan dunia bola sepak selepas mengundur diri sebagai jurulatih Real lima hari selepas merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara.

    “Sukar untuk menerima bahawa dia telah pergi,” kata Nadal semasa Terbuka Perancis di mana pemain tenis itu memburu kejuaraan ke-11.

    “Dia merupakan jurulatih yang bagus dan telah mencapai banyak kejayaan bersama pasukan. Dia seorang yang baik, rendah diri dan menunjukkan nilai yang baik.

    “Dia merupakan contoh terbaik bagi seseorang yang mencapai kejayaan tanpa bercakap negatif mengenai kelab, para pemain atau pengadil.

    “Zinedine selalu tersenyum walaupun berada dalam keadaan yang sukar, jadi saya berterima kasih kepadanya kerana menunjukkan contoh yang bagus.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda