MONTE CARLO, 16 April – Rafael Nadal memberikan penilaian sederhana semalam mengenai peluangnya bagi gelaran Monte Carlo Masters ke-12 ketika dia bersedia untuk kembali dari kecederaan terbaharunya.
Pemain dari Sepanyol berusia 32 tahun itu, yang mengalami kecederaan lutut telah mendefinisikan kerjayanya sebagai raja gelanggang tanah liat, teragak–agak untuk menilai peluangnya ketika dia bersedia untuk menghadapi Roberto Bautista Agut pada awal pusingan kedua esok.
“Saya tidak dapat memberikan anda sebarang perasaan, ia adalah setahun setengah yang sukar bagi saya,” kata Nadal menjelang perlawanan pertamanya sejak menarik diri kerana satu lagi kecederaan lutut menjelang separuh akhir Indian Wells menentang Roger Federer pada bulan lalu.
“Ia adalah sukar bagi saya mendapatkan penjelasan bagaimana kedudukan saya. Secara peribadi semuanya sukar bagi saya.”
Nadal memiliki sejumlah besar mata dalam ranking untuk dipertahankan di atas gelanggang tanah liat selepas menjulang beberapa gelaran terutamanya pada 2018 di Monte Carlo, Barcelona, Rom dan Roland Garros.
“Sukar bagi saya,” kata Nadal mengenai kedudukan fizikalnya.
“Sekarang usaha setiap hari adalah terus membuat peningkatan, (menghasilkan) peningkatan kecil dalam setiap latihan.” – AFP