Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal rangkul gelaran terbuka Perancis ke-13

    PARIS, 12 OKT – Rafael Nadal berjaya menumpaskan Novak Djokovic 6-0, 6-2, 7-5 untuk memenangi Terbuka Perancis ke-13nya semalam dan menyamakan rekod sepanjang masa 20 gelaran Grand Slam yang dipegang oleh Roger Federer yang memuji kemenangan itu sebagai ‘salah satu pencapaian terbesar dalam sukan’.

    Bagi pemain nombor satu dunia, Djokovic, kekalahan itu menamatkan harapannya untuk merangkul Grand Slam ke-18 dan menjadi lelaki pertama sejak Rod Laver pada tahun 1969 memenangi keempat-empat gelaran sebanyak dua kali.

    Nadal, 34, meraih kemenangan ke-100 di Roland Garros dengan hanya dua kekalahan sejak penampilan pada tahun 2005. Pemain Sepanyol, juara tertua di Paris sejak Andres Gimeno pada tahun 1972, merebut gelaran tanpa tewas satu set. Dia menyelesaikan perlawanan dengan hanya 14 kesalahan berbanding sebanyak 52 lawannya.

    “Tahniah kepada Novak untuk satu lagi kejohanan yang hebat. Maaf untuk hari ini. Kami telah bermain berkali-kali bersama, satu hari seorang menang, hari lainnya seorang tewas,” kata Nadal.

    “Setelah semua perkara yang saya lalui dalam karier saya akibat kecederaan, saya tidak dapat melakukannya tanpa keluarga.”

    Nadal mengatakan bahawa dia tidak memikirkan untuk menyamakan rekod Federer. “Ini adalah tahun yang sangat sukar. Menang di sini bermakna segalanya bagi saya, jadi ini bukan untuk menyamakan kedudukan Roger dengan 20 gelaran, bagi saya hari ini ia hanya kemenangan Roland Garros,” kata Nadal yang telah terlepas Terbuka AS kerana krisis kesihatan global dan bermain hanya kejohanan keduanya sejak Februari lalu. – AFP

    Novak Djokovic (kiri) dan Rafael Nadal (kanan) bersama dengan trofi kemenangannya selepas memenangi kejohanan tenis Terbuka Perancis The Roland Garros 2020, di Paris, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda