Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Nadal sedia berdepan ‘lawannya’

    PARIS, 29 MEI – Rafael Nadal menegaskan tidak timbul sebarang masalah baginya apabila Toni Nadal, bapa saudara dan bekas jurulatihnya untuk tiga dekad, menjadi ‘lawannya’ di pusingan keempat Terbuka Perancis.

    Juara 13 kali itu akan bertemu pemain Kanada Felix Auger-Aliassime yang mula dilatih Toni pada April tahun lalu.

    Empat tahun sebelum itu, Nadal dan bapa saudaranya membawa haluan masing-masing selepas 27 tahun bekerjasama untuk karier penuh gemilangnya.

    “Bagi saya ia mudah sahaja. Dia pakcik saya. Dia pasti tidak mahu saya kalah. Dia mahukan yang terbaik untuk saya dan saya juga mahu yang terbaik buatnya.

    “Tetapi dia seorang profesional dan kini bersama pemain lain. Saya tidak tahu sama ada dia akan berada di dalam kotak pemain, tetapi bagi saya ia bukan satu masalah,” kata Nadal.

    Bintang Sepanyol itu mara ke pusingan keempat selepas menewaskan pemain Belanda Botic van de Zandschulp 6-3, 6-2, 6-4.

    Auger-Aliassime hanya pernah bertemu Nadal sekali sebelum ini di gelanggang tanah liat di Madrid pada tahun 2019. Nadal memenangi perlawanan berkenaan.

    “Kami sedar akhirnya akan bertemu Rafa juga apabila saya mula bekerja dengan Toni. Dia ada di sini tetapi saya rasa dia akan menonton dari tempat berkecuali dan menikmati perlawanan ini.

    “Bagi saya pula, ia adalah satu perlawanan lagi. Karier Rafa dan apa yang dia lakukan bersama Toni jauh lebih besar daripada perlawanan Ahad ini,” kata Auger-Aliassime. – AFP

    Aksi Novak Djokovic semasa berentap menentang Diego Schwartzman dari Argentina dalam kejohanan tenis di Court Suzanne Lenglen di Paris kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...