PARIS, 7 OKT – Rafael Nadal mara ke separuh akhir Roland Garros untuk kali ke-13 semalam dengan kemenangan keseluruhan set ke atas pemain remaja Itali, Jannik Sinner dan mendakwa merbahaya untuk menamatkan perlawanan pada jam 1:30 pagi ketika suhu menurun hingga 12 darjah.
Nadal, juara 12 kali, mengalahkan Sinner berusia 19 tahun 7-6 (7/4), 6-4, 6-1 untuk meraih kemenangan ke-98 dalam perlawanan ke-100nya di Terbuka Perancis. Dia seterusnya akan berdepan menentang Diego Schwartzman, pemain Argentina di mana dia memiliki kelebihan karier 9-1, ketika dia semakin hampir menyamakan rekod Roger Federer dengan 20 kejuaraan utama.
Namun, Nadal, lebih terbiasa dengan sinar matahari Mallorca yang cerah daripada musim luruh Terbuka Perancis yang ditangguhkan empat bulan kerana wabak COVID-19, tidak senang dengan penganjur yang menjadualkan lima perlawanan di gelanggang utama Philippe Chatrier.
“Saya tahu pemain bola bermain dalam keadaan seperti ini, tetapi mere-ka selalu bergerak,” kata Nadal selepas perlawanan di kejohanan itu.
“Kami berhenti, kembali, berhenti dan bergantian. Saya rasa ini sedikit berbahaya bagi badan dengan keadaan yang sangat letih ini.”
Nadal dan Sinner hanya masuk ke gelanggang pada pukul 10:30 malam setelah Schwartzman dan Thiem mengambil masa lima jam di perlawanan suku akhir mereka.
Mereka juga harus menunggu keputusan suku akhir wanita lain selesai setelah dua yang lain memulakannya.
Orang ramai yang jarang menyambut mereka memakai jaket tebal, selendang dan topi.
“Saya tidak tahu mengapa mereka meletakkan lima perlawanan di Chatrier. Ini risikonya,” tambah Nadal, 34 tahun. Nadal akan bermain di separuh akhir ke-34nya di kejohanan utama tenis. – AFP