Nadal tarik diri dari Terbuka AS

NEW YORK, 5 OGOS – Juara bertahan, Rafael Nadal berkata kelmarin bahawa dia tidak akan menyertai Terbuka AS, dengan menyebut mengenai kerisauan mengenai koronavirus dan membidas kalender tenis yang sudah disusun semula sebagai ‘kejam’.

“Selepas berfikir panjang, saya telah memutuskan untuk tidak bermain dalam Terbuka AS tahun ini,” menurut Nadal menerusi Twitter.

“Situasi sekarang sangat rumit di seluruh dunia, kes COVID-19 semakin meningkat, ia seperti kita masih belum mengawalnya.

“Ini adalah sesuatu keputusan yang saya tidak ingin mengambilnya tetapi saya memutuskan untuk mengikut kata hati saya kali ini dan buat sementara waktu saya tidak akan melakukan sebarang perjalanan.”

Bintang Sepanyol berusia 34 tahun turut membidas jadual tenis antarabangsa, yang telah disusun semula berikutan kekacauan akibat penggantungan COVID-19.

Terbuka AS di New York, yang dijadualkan pada 31 Ogos telah dipindahkan kepada 13 September, yang disusuli dengan Terbuka Perancis di Roland Garros.

“Kita semua mengetahui jadual perlawanan tenis yang dipendekkan adalah kejam tahun ini selepas empat bulan terhenti,” menurut Nadal.

Pesaing Nadal, Roger Federer sudah menarik diri dari kejohanan tersebut untuk menumpukan pemulihan pembedahan lutut. Terbuka AS akan menandakan kali pertama sejak 1999 bahawa kedua-dua pemain tidak tampil dalam undian utama dalam kejohanan Grand Slam.

Nadal, yang menjuarai Grand Slam sebanyak 19 kali, mampu menyamakan angka kejuaraan yang dipegang Federer, jika menang di New York. – AFP

Rafael Nadal menyatakan bahawa dia mengambil keputusan untuk menarik diri dari Terbuka AS tahun ini disebabkan oleh kebimbangan mengenai koronavirus.- AP