Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal teruja kembali ke puncak

    PARIS, 22 Ogos – Rafael Nadal menggambarkan pendakian ‘hebatnya’ kembali ke kedudukan nombor satu dunia buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun dan disahkan dalam ranking ATP terbaru dikeluarkan semalam.

    Pemain Sepanyol itu, yang tahu bahawa dia akan meraih semula puncak ATP minggu lalu, kali terakhir mengungguli carta pada Julai 2014.

    Nadal, 31, yang telah memenangi gelaran Grand Slam ke-15 tahun ini di Roland Garros, memintas Andy Murray dari Britain, yang menarik diri dari kejohanan di Montreal dan Cincinnati kerana kecederaan pinggul.

    Nadal, yang berada di puncak carta selama 141 minggu, bergelut dengan kecederaan lutut sejak kali pertama menjadi nombor satu pada Ogos 2008, selepas laluan ke separuh akhir Cincinnati. Dia kemudian mengakui bahawa dia meragui dapat kembali ke kedudukan itu selepas beberapa tahun.

    “Menjadi nombor satu selepas semua yang telah saya lalui dalam beberapa tahun ke belakang ini adalah sesuatu yang hebat,” kata jaguh Sepanyol itu.

    Nadal, disingkirkan dari suku akhir Cincinnati minggu lepas oleh nick Kyrgios dari Australia, pernah tercicir serendah kedudukan ke-13 ranking ATP di pertengahan 2015. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda