PARIS, 27 Mei – Pemain Ukraine, Alexandr Dolgopolov kelmarin menarik diri dari perlawanan Terbuka Perancis kerana mengalami kecederaan, memberikan peluang kepada Rafael Nadal untuk mempertahankan gelarannya menentang pemain Itali, Simone Bolelli.
Pemain nombor satu dunia, Nadal telah berhadapan dengan Dolgopolov dalam pusingan pertama tatkala dia cuba berusaha untuk mempertahankan kejuaraan Roland Garros ke-11, dalam perlawanannya yang akan berhadapan dengan Bolelli.
Bolelli, yang kalah dalam perlawanan kelayakan oleh pemain Colombia, Santiago Giraldo kelmarin, hanya memenangi satu set ketika menentang Nadal dalam lima pertemuan sebelum ini dan menduduki tempat terrendah di kedudukan ke-130.
Dolgopolov telah bergelut dengan kecederaan pergelangan tangan sejak Terbuka Australia dan menarik diri dari acara ATP di Geneva awal minggu ini.
Sementara itu, Juan Martin del Potro berkata kelmarin dia akan membuat mengumumkan di saat-saat akhir bagi memberitahu sama ada dia beraksi atau tidak di Terbuka Perancis tatkala dia kini bergelut dengan kecederaan yang dialami.

Pemain Argentina itu kali terakhir beraksi pada 10 hari lalu di Roma Masters menentang David Goffin ketika mengalahkan pemain Belgia 6-2, 4-5.
“Saya mungkin akan bermain pada hari Selasa, saya mempunyai satu setengah hari lagi (bersedia), saya akan melihat hari demi hari,” kata pemain nombor enam dunia itu.
“Saya akan berusaha untuk beraksi kerana ia adalah Roland Garros.”
Bekas juara Terbuka Amerika Syarikat berusia 29 tahun ini akan menentang pemain Perancis Nicolas Mahut dalam pusingan pertama dan kelima untuk kejohanan yang akan berlangsung hari ini. – AFP