Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Nadal tiba di Melbourne menjelang Terbuka Australia

    MELBOURNE, 31 DIS – Rafael Nadal (gambar bawah) mendedahkan hari ini dia telah tiba di Melbourne sebelum kejohanan Terbuka Australia selepas sembuh daripada koronavirus.

    Pemain Sepanyol berusia 35 tahun itu, dengan satu-satunya kemenangan di kejohanan diperoleh pada 2009, menyiarkan di Twitter gambar dirinya di gelanggang kosong di
    Melbourne Park dengan komen ‘Jangan beritahu sesiapa…saya berada di sini.’

    Juara Grand Slam 20 kali itu diuji positif COVID-19 selepas pulang daripada kejohanan diAbuDhabi, berkata dia telah mengalami ‘beberapa insiden yang tidak menyenangkan.’

    Beberapa pemain lain yang berada di Abu Dhabi juga diuji positif, termasuk pemain nombor lima dunia dari Rusia Andrey Rublev, juara Olimpik wanita Belinda Bencic dan juara Terbuka AS Emma Raducanu.

    Ketibaan Nadal akan memberikan rangsangan kepada penganjur kejohanan Grand Slam pertama musim ini, yang bermula pada 17 Januari.

    Masih timbulnya keraguan mengenai sama ada pemain nombor satu dunia Novak Djokovic akan menyertai kejohanan itu.

    Pemain berusia 34 tahun itu menarik diri daripada kejohanan pasukan Piala ATP beberapa hari sebelum acara bermula esok, sekali gus menambah keraguan mengenai sama ada dia akan mempertahankan gelaran Terbuka Australia tersebut.

    Djokovic, juara sembilan kali di Melbourne, enggan mengesahkan sama ada dia telah menerima vaksin COVID-19, dengan semua peserta wajib divaksin atau mempunyai pengecualian perubatan.

    Para pemain yang mengambil bahagian di Australia telah dibelenggu kecederaan, dengan Serena Williams dan Roger Federer disingkirkan, selain Dominic Thiem, Jennifer Brady, Karolina Pliskova, Bianca Andreescu dan Karolina Muchova. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...