Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Nadal tidak mahu berundur

    LONDON, 1 JULAI – Rafael Nadal sekali lagi terpaksa bergelut untuk mara ke pusingan ketiga Wimbledon kelmarin.

    Pilihan kedua Sepanyol itu, yang juga memburu gelaran Grand Slam, bangkit daripada kekalahan pada set ketiga bagi perlawanan kedua berturut-turut untuk menewaskan pemain Lithuania, Ricardas Berankis 6-4, 6-4, 4-6, 6-3.

    Terdahulu, pilihan ke-17 dari Sepanyol, Roberto Bautista Agut menjadi pemain tumpuan ketiga dalam separuh masa undian Nadal yang menarik diri disebabkan COVID, berikutan penarikan diri naib juara 2021, Matteo Berrettini dan finalis 2017, Marin Cilic.

    Nadal juga memanfaatkan peluang daripada kekalahan mengejut pusingan pertama bagi pilihan keenam Kanada, Felix Auger-Aliassime, yang membawanya ke lima set di Terbuka Perancis.

    Nadal kelihatan selesa pada dua set pertama menentang Beranki tetapi dia ditewaskan dalam permainan servis pertamanya pada set ketiga sekali gus gagal untuk menemui rentak permainannya semula.

    Walau bagaimanapun, pemain Sepanyol itu bangkit semula pada set keempat dengan mendahului 3-0 dan menamatkan perlawanan dengan ace selepas pertemuan disambung semula di bawah bumbung berikutan hujan lebat.

    Juara Grand Slam 22 kali yang tidak bermain di Wimbledon sejak mara ke separuh akhir 2019 itu, mengakui dia perlu meningkatkan permainannya ketika dia bersiap sedia untuk menentang pemain Itali, Lorenzo Sonego. – AFP

    Reaksi Rafael Nadal meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan pusingan kedua perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenis Wimbledon di London, Britain, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...