Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Nadal umum tarik diri

    LONDON, 8 JULAI – Rafael Nadal mengumumkan kelmarin bahawa dia menarik diri daripada saingan separuh akhir Wimbledon selepas gagal pulih daripada kecederaan abdomen sekali gus menamatkan harapannya untuk menyertai Grand Slam.

    Dengan keputusan ersebut, Nick Kyrgios secara automatik mara ke perlawanan akhir Ahad ini, di mana dia akan menentang pilihan utama dan juara enam kali, Novak Djokovic atau Cameron Norrie dari Britain.

    Nadal yang juga merupakan juara Grand Slam 22 kali, kelihatan tidak selesa semasa meraih kemenangan lima set menewaskan pemain pilihan ke-11 dari Amerika Syarikat, Taylor Fritz pada Rabu lalu.

    Berikutan insiden itu, akhbar sukan Sepanyol, Marca, kelmarin melaporkan bahawa Nadal mengalami kecederaan koyak abdomen sedalam ‘tujuh milimeter’ tetapi masih berhasrat untuk meneruskan perlawanan.

    Pemain berusia 36 tahun itu walau bagaimanapun menjadualkan sidang akhbar sejurus itu di Kelab All England di mana dia mengesahkan dia akan menarik diri.

    “Malangnya seperti yang awda bayangkan, saya berada di sini kerana saya perlu menarik diri daripada kejohanan tersebut,” kata juara Wimbledon dua kali itu.

    Pemain Sepanyol itu juga berkata bahawa dia telah memikirkan keputusan yang perlu dibuat sepanjang hari. Dia telah mengalami kesakitan semasa perlawanan menentang Fritz, yang dimenanginya dengan keputusan 3-6, 7-5, 3-6, 7-5, 7/6 (10/4) dalam tempoh empat jam 21 minit.

    Nadal turut dirawat semasa pertandingan tersebut dan diberikan masa rehat pada set kedua. Walau bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan kecederaannya. – AFP

    Rafael Nadal mengumumkan bahawa dia menarik diri daripada separuh akhir Perseorangan Gentlemen Wimbledon kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...