Nadiya Nisaa tidak lokek bantu anak seni

Penularan virus pandemik COVID-19 Malaysia memberi kesan yang cukup mendalam kepada rakyat.

Jika dibandingkan pada tarikh sama tahun lalu, hanya 14 kes baharu dicatatkan berbanding purata 20,456 kes sepanjang bulan Ogos.

Angka besar itu mendorong kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan kawalan pergerakan dan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bagi membendung jangkitan yang lebih besar.

Secara tidak langsung, banyak sektor dan industri mula terjejas, terutamanya industri hiburan yang tidak dapat berfungsi seperti biasa.

Bagi pelakon berbakat besar, Nadiya Nisaa, dia bersyukur kerana dapat bertahan dengan wang simpanan yang ada.

Menurut Nadiya, sebagai penggiat industri kreatif, dia berharap dapat kembali bekerja seperti biasa secepat mungkin. – Agensi

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ada rancangan kewangan yang baik dan apabila tidak dapat keluar bekerja seperti biasa, kami bertahan dengan wang simpanan.

“Cuma tak pasti sampai bila kami boleh bertahan dengan wang simpanan itu kerana tidak tahu bila industri seni dapat beroperasi seperti biasa,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Hawa yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Tambah Nadiya, sebagai penggiat industri kreatif, dia berharap dapat kembali bekerja seperti biasa secepat mungkin.

Namun dalam masa sama berharap semua pihak baik di belakang tabir, mahu pun di depan kamera bertanggungjawab ke atas diri mereka bagi membendung penularan virus di set penggambaran.

Bagaimanapun ujar pelakon yang mula dikenali menerusi filem Cun itu, dalam masa sama, dia merasa kasihan dengan kru belakang tabir yang terjejas teruk kerana pandemik ini.

“Saya dan beberapa rakan dalam industri mengambil inisiatif membuat program amal bagi mengumpul dana membantu ramai kru yang terjejas kerana pandemik ini.

“Kebanyakan dari mereka adalah freelancer dan bergantung pada projek. Bila tak ada penggambaran, maka tak ada pendapatan.” – Agensi