NADMA bekal 500,000 topeng muka

PUTRAJAYA, 10 SEPT – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah membuat perolehan dan menghantar 500,000 topeng muka kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berikutan situasi jerebu rentas sempadan yang dihadapi ne-geri itu pada ketika ini.

NADMA dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya kini sedang membuat pemantauan rapi keadaan jerebu di Sarawak serta negeri-negeri lain yang berpunca daripada kebakaran di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

“Notis kesiapsiagaan telah dikeluarkan oleh Pusat Arahan Bencana Kebangsaan (NDCC) kepada semua JPBN untuk mengambil langkah kesiapsiagaan,” menurut NADMA.

Menurut laporan Meteorologi Malaysia (MET) setakat 8 pagi hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak khususnya Sri Aman (201) berada ditahap Sangat Tidak Sihat.

Kawasan-kawasan lain di Sarawak termasuk Kuching (160) dan Samarahan (127) pula berada di tahap Tidak Sihat. – Bernama