Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Nadya Syahera tertekan suami terlalu sibuk

    Gara-gara suami terlalu sibuk dengan urusan kerja, pelakon Nadya Syahera mengakui berasa tertekan kerana terpaksa menguruskan hal rumah tangga seorang diri.

    Lama memendam perasaan, Nadya atau lebih mesra disapa Kak Bed, 29, memberitahu suami iaitu Fizul Nawi seakan-akan tidak pernah mengambil peduli apabila dia cuba berkongsi masalah tersebut sebelum ini.

    “Dah la keluar bekerja ke Thailand berminggu-minggu tinggalkan saya dengan tiga orang anak terkontang-kanting. Saya tepu duduk rumah, tak tahu nak cakap macam mana.

    “Kalau nak keluar bawa semua anak. Susahnya nak dukung anak sambil menangis. Sebab itu mental saya terganggu. Tetapi saya selalu pujuk hati katakan orang lain lebih susah.

    “Saya cuma penat pendam, tiada ruang nak bercakap dan jelaskan dekat dia (suami). Sibuk dengan kerja 24 jam. Kadang-kala kalau saya cakap, masuk telinga kiri keluar kanan. Sedih sebab apa saya cakap dia tidak ambil peduli.

    Nadya Syahera mengakui berasa tertekan kerana terpaksa menguruskan hal rumah tangga seorang diri. – Agensi

    “Saya duduk rumah uruskan anak seorang diri. Kalau dapat luahkan dan dia buat saya senang, boleh juga kurangkan rasa sayu ini. Nak cuba cakap pun takut. Jadi lebih baik diam dan pendam sahaja,” katanya.

    Kak Bed meluahkan perasaan yang terpendam itu menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram miliknya pada Rabu lalu.

    Dalam salah satu status yang dimuat naik, Kak Bed juga dilihat tidak senang apabila suaminya pulang lewat malam sehingga dia terpaksa menunggu untuk membuka pintu rumah.

    Gara-gara tekanan itu, Kak Bed memberitahu anak-anak sering menjadi mangsa untuk dia melepaskan rasa marah.

    “Saya kerja untuk anak-anak dan bila ada duit memang banyak dihabiskan untuk mereka. Tiada cara lain yang buat saya gembira melainkan melihat anak-anak gembira. Kasihan apabila saya stres mereka terkena tempias.

    “Aleena dan Mamad kerap kena marah kebelakangan ini sebab saya penat. Anak-anak apabila hendak membesar ada sahaja perkara dilakukan yang buat saya marah,” ujarnya.

    Untuk rekod Nadya dan Fizul mendirikan rumah tangga pada September 2015 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aleena Rose, 7, Mohamad Dayyan, 6, dan Muhammad Barr Adam, 3 bulan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...