Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Nadzmi semakin kurang berlakon

    Pelakon Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana masih aktif dalam aktiviti seni, cuma tawaran diterima semakin berkurangan, sejak kebelakangan ini.

    Kata Nadzmi, ada juga yang tersalah anggap mereka tidak berlakon, memandangkan sibuk dengan perniagaan.

    “Saya dan isteri masih aktif dalam bidang seni, cuma, masih menunggu tawaran. Saya akui, kami tidak banyak menerima tawaran berlakon dan pengacaraan.

    “Mungkin sebab saya ada dengar orang menganggap kami sudah kaya, jadi tidak perlu lagi berlakon atau mengacara.

    “Namun, hakikatnya, kami biasa sahaja. Saya akui bidang seni bukan pendapatan utama kerana memiliki perniagaan,” katanya kepada media.

    Nadzmi berkata, dunia lakonan dan pengacaraan masih menjadi minatnya dan isteri. – Agensi

    Nadzmi berkata, dunia lakonan dan pengacaraan masih menjadi minatnya dan isteri.

    “Kami tidak akan menolak sekiranya ada tawaran diberikan. Kami akan cuba memenuhi mengikut kekosongan jadual,” katanya yang ditemui pada sidang media dan majlis memperkenalkan barisan ikon yang akan menyertai Misi Kemanusiaan Afrika di Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

    Berkongsi lanjut mengenai misi anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM) antara 6 hingga 19 Julai itu, Nadzmi berkata, dia berbesar hati dapat membantu saudara Islam yang dianggap minoriti.

    “Saya pernah menyertai misi kemanusiaan ke Syria dan Palu, Indonesia, tetapi belum pernah sampai ke Afrika.

    “Jadi apabila IM mengajak turut serta, saya teruja. Saya mendapat tahu di Afrika, kebanyakan keluarga hanya makan dua kali seminggu. Tidak hanya itu, kemudahan seperti tandas dan sekolah juga teruk.

    “Jadi, saya berharap misi ini berjaya sebab bantuan hari ini, insya-Allah boleh dijadikan saham akhirat. Saya percaya bantuan rakyat Malaysia sangat dihargai terutamanya anak-anak di sana,” katanya.

    Selain Nadzmi, enam ikon yang akan Tanzania, Afrika Timur pada Julai depan itu termasuklah Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan Aiman Hakim. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...