Nafi ada sindiket bekal dadah percuma kepada pelajar di S’wak

KUCHING, 23 JULAI – Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis hari ini menjelaskan tidak sindiket yang membekalkan dadah secara percuma kepada pelajar di negeri ini, sebaliknya apa yang diperkatakan beliau Rabu lepas mengenai perkara itu adalah merujuk kepada negeri lain.

Beliau berkata maklumat yang dikongsikannya semasa sidang media bagi membentangkan laporan berkala One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak pada hari berkenaan telah disalah tafsir.

“Saya ingin menjelaskan bahawa tidak ada ‘sindiket’ yang membekalkan dadah secara percuma kepada pelajar di Sarawak. Perkara yang dinyatakan sidang media berkenaan adalah (kegiatan pengedaran dadah) berlaku di negeri lain,” kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi OSC Sarawak dalam satu kenyataan. – Bernama