Nafi punca keretakan rumah tangga

Penyanyi dan pelakon Lady Gaga menafikan dirinya menjadi punca pelakon Bradley Cooper berpisah dengan Irina Shayk seperti yang didakwa segelintir pihak.

Menurut laporan Kapanlagi.com, Lady Gaga menjelaskan hubungan rapatnya dengan Bradley tidak melebihi sebagai rakan duet menerusi lagu Shallow sahaja.

“Lagu duet kami iaitu Shallow sememangnya menceritakan tentang cinta. Jadi, kami perlu berusaha untuk timbulkan rasa cinta antara kami.

“Dari segi persembahan, kami perlu dilihat serasi sebab peminat gemar melihat keserasian itu. Tetapi hubungan rapat tu sekadar sebagai rakan duet sahaja,” ujarnya.

Bradley dan Irina mula menjalinkan hubungan cinta sejak 2015 namun mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada awal tahun ini.

Rata-rata netizen membuat andaian, perpisahan tersebut disebabkan hubungan rapat Bradley dengan Lady Gaga semenjak mereka membintangi filem A Star Is Born. – Agensi

Menurut laporan, Lady Gaga menjelaskan hubungan rapatnya dengan Bradley tidak melebihi sebagai rakan duet menerusi lagu Shallow sahaja. – Agensi