Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Naftali Bennet, Guterres adakan perbincangan

    BAITULMAQDIS, 24 APRIL – Perdana Menteri Israel Naftali Bennett pada Sabtu mengadakan perbualan menerusi telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengenai perkembangan terkini ketegangan Israel-Palestin, lapor Agensi Berita Xinhua memetik kenyataan pejabat perdana menteri.

    Bennett menyatakan kekecewaannya ‘apabila tiada kecaman daripada PBB ekoran insiden bedilan roket ke Israel.’

    Beberapa roket dilepaskan ke Israel dari Gaza pada ming-gu lalu. Sebagai tindak balas, Israel mengumumkan penutupan sementara laluan pejalan kaki tunggal dari Gaza ke Israel, meskipun beribu-ribu penduduk Gaza menyeberang ke Israel setiap hari untuk mencari rezeki.

    Selain itu, baru-baru ini berlaku pertempuran antara penduduk Palestin dan polis Israel di Masjid Al-Aqsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...