Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Nafuzi angkat kaki musim depan

    KUALA NERUS, 15 NOV – Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain, sah tidak bersama skuad Penyu untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFCSB), Abdul Rasid Jusoh berkata ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.

    “Kita terima surat jawapan daripada beliau (Nafuzi) yang dihantar ke pejabat TFCSB pada pukul 4:47 petang semalam. Beliau tidak bersetuju untuk menyambung tawaran yang kita berikan,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani kontrak penajaan 2023 antara TFCSB dengan anak syarikat negeri Terengganu.

    Bagaimanapun, Abdul Rasid berkata pengendali muda kelahiran Kelantan itu tidak direhatkan daripada baki tiga perlawanan saingan Piala Malaysia musim ini.

    Beliau berkata konflik yang berlaku antara pihak pengurusan dan Nafuzi tidak menjejaskan persiapan pasukan dalam misi memburu kejuaraan piala paling berprestij di Liga M.

    “Kita telah mengadakan mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah TFCSB, tidak ada sebarang perubahan. Beliau masih menerima gaji daripada TFCSB, jadi tidak ada sebab untuk beliau direhatkan daripada tugasnya selagi kontrak masih ada,” katanya.

    Dalam pada itu, Abdul Rasid berkata TFCSB akan meneliti calon ketua jurulatih yang baharu untuk musim depan.

    Calon tersebut katanya perlu memiliki reputasi atau prestasi yang menyamai atau lebih baik daripada ketua jurulatih sedia ada. – Bernama

    Nafuzi sah tidak bersama skuad Penyu untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...