Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    Nafuzi luah rasa terkilan

    KUALA NERUS, 13 NOV – Sekian lama memendam rasa, pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain akhirnya meluahkan rasa terkilan dengan layanan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) terhadapnya.

    Rasa kecewa yang disuarakan itu berkaitan dengan tawaran lanjutan kontrak sebagai pengendali skuad Penyu musim depan yang disifatkan sebagai tidak profesional dan menghormati kedudukannya sebagai ketua jurulatih.

    Nafuzi berkata sebagai sebuah kelab profesional, tidak sepatutnya TFCSB menggunakan khidmat ‘kitman’ sebagai orang tengah untuk menyerahkan surat tawaran tanpa beliau dipanggil untuk sebarang perbincangan.

    “Saya betul-betul terkilan dilayan seperti itu. Saya terima surat tawaran lanjutan kontrak bertarikh 27 Oktober pada 29 Oktober dan ia diserahkan oleh kitman kepada saya di padang ketika latihan,” katanya selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.

    TFC menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan KL City dengan agregat 4-1. – Bernama

    Nafuzi tampil meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan layanan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) pada sidang media selepas perlawanan antara pasukannya menentang KL City FC pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...