Nahas bas: 5 maut, 9 cedera

NEW DELHI, 10 Okt – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan sembilan yang lain cedera selepas sebuah bas dipandu laju lalu merempuh sebuah trak di Maharashtra, barat India, menurut polis hari ini.

Kemalangan itu berlaku berhampiran Umred Taluka di lebuh raya Bandar Nagpur.

“Bas swasta itu merempuh sebuah trak yang diletakkan di tepi jalan malam kelmarin selepas pemandunya gagal melihat jentera itu ketika memotong dalam keadaan laju dari sebelah kiri jalan,” kata pegawai kanan polis.

Sementara itu, lima orang terkorban di tempat kejadian dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital kerajaan di mana keadaan dua daripadanya dikatakan serius, katanya.

“Semua mangsa adalah daripada penumpang bas,” tambah beliau.

Siasatan terhadap kemalangan itu telah dijalankan, katanya. – Xinhua