Nahas bas, 9 terbunuh

KAHERAH, 17 NOV – Polis Mesir berkata sembilan terbunuh apabila sebuah bas mini bertembung dengan sebuah trak kecil di lebuh raya selatan wilayah Sohag.

Menurut kenyataan polis, kemalangan itu berlaku kelmarin dan menyebabkan sembilan orang terbunuh, sembilan lagi cedera. Sohag terletak 390 kilometer atau 244 batu dari selatan ibu kota Mesir, Kaherah. Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan kata kenyataan itu.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Mesir, disebabkan oleh kelemahan penyelenggaraan jalan raya dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lemah. – AP