Nahas bas ekspres di Myanmar ragut lapan jiwa

YANGON, 5 Mac – Sebanyak lapan penumpang terbunuh dan 25 lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres di lebuh raya Yangon-Mandalay di Myanmar pagi hari ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik kenyataan Pejabat Polis Lebuh Raya.

Bas yang dinaiki 42 penumpang itu dalam perjalanan dari bandar Kale, wilayah Sagaing menghala ke Yangon.

Nahas dipercayai berpunca daripada masalah tayar.

“Antara yang terkorban termasuk tiga sami,” kata pegawai Pasukan Polis Lebuh Raya. – Bernama