Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Nahas bas pelancong ragut 14 jiwa

    SURABAYA, 16 MEI – Kira-kira 14 orang terkorban dan lebih 12 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa pelancong tempatan melanggar papan iklan di Jawa Timur, Indonesia awal pagi ini, kata polis.

    Bas itu yang membawa 31 penumpang, selain pemandu dan seorang kru, melanggar tiang papan iklan itu sebelum berpusing di atas lebuh raya yang menghubungkan bandar Mojokerto ke Surabaya.

    Pegawai tempatan, Ridwan Mubarun memberitahu stesen televisyen Indonesia, Metro TV, mangsa-mangsa kejadian berasal dari Benowo, sebuah kampung berhampiran Surabaya, dan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Dataran Tinggi Dieng, yang sejauh kira-kira 400 kilometer di Jawa Tengah.

    “Seramai 14 individu maut dan 19 lagi mengalami kecederaan ringan dan serius,” kata ketua polis Mojokerto, Rofiq Ripto Himawan kepada wartawan hari ini, menambah bahawa pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan.

    Sebelumnya, jurucakap polis di Jawa Timur menyalahkan pemandu bas atas kemalangan itu.

    “Nahas itu berpunca daripada kesilapan manusia, pemandu mungkin kepenatan atau mengantuk,” kata Dirmanti kepada Metro TV.

    Satu laporan polis menyatakan bahawa cuaca dan trafik dalam keadaan baik ketika nahas itu berlaku pagi tadi, manakala pemandu bas berkenaan terselamat dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – AFP

    Para penyelamat memeriksa bangkai bas pelancong yang melanggar papan tanda di sebatang lebuh raya di Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia pada 16 Mei. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...