Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas bas ragut 10 jiwa di Indonesia

    PROBOLINGGO, Indonesia, 14 Julai – Kira-kira 10 orang termasuk seorang warga asing dan kanak-kanak, terkorban apabila sebuah bas melanggar belakang trak awal hari ini ketika ia dalam perjalanan dari pulau peranginan Bali, kata polis.

    Bas itu, membawa 34 orang, menuju ke bandar Malang di Jawa Timur pada awal pagi ketika ia melanggar belakang trak membawa baja, membunuh beberapa penumpang yang nyenyak tidur.

    “Seramai 10 orang terkorban dalam pelanggaran itu manakala sembilan lagi cedera,” kata ketua polis tempatan, Arman Asmara Syarifuddin memberitahu AFP.

    Antara mangsa adalah seorang lelaki Austria berusia 29 tahun yang namanya belum lagi disiarkan dan seorang kanak-kanak perempuan rakyat Indonesia berusia 12 tahun.

    Seorang pelancong Jerman juga cedera dalam kemalangan itu dan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan, kata Syarifuddin.

    Polis telah menahan dan menyoal siasat pemandu trak dan bas untuk memastikan punca kemalangan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda