Nahas bas ragut 13 jiwa

ISLAMABAD, 20 MEI – Kira-kira 13 orang terbunuh dan lebih 30 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang terbalik di daerah Sukkur, di wilayah Sindh selatan Pakistan pada pagi ini, lapor Agensi Berita Xinhua.

Bas itu dalam perjalanan dari bandar Multan di timur wilayah Punjab menuju ke bandar pelabuhan selatan Karachi, di wilayah Sindh, kata Penguasa Polis di Sukkur, Irfan Samo kepada media.

Menurut laporan media tempatan nahas dipercayai berpunca pemandu bas itu hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam. – Bernama