Tuesday, November 29, 2022
25.2 C
Brunei

-

Nahas bas ragut 37 nyawa

KANO, 23 NOV – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh semalam apabila tiga bas bertembung di luar bandar Maiduguri di timur laut Nigeria, menurut agensi keselamatan jalan raya negara itu.

Ketua agensi keselamatan jalan raya bagi negeri Borno, Utten Boyi, berkata kemalangan itu berlaku apabila dua bas komersial bertembung secara langsung dan terbakar, sebelum bas ketiga kemudian merempuhnya.

“Setakat ini, 37 orang disahkan maut dan kebanyakannya melecur sehingga tidak dapat dikenali.

“Kemalangan itu berlaku apabila tayar sebuah bas pecah dan ia melanggar kenderaan yang datang dari arah bertentangan,” katanya sambil mendakwa bas dipandu terlalu laju menjadi punca kemalangan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Taliban Pakistan tamat gencatan senjata

ISLAMABAD, 28 NOV – Taliban Pakistan berkata hari ini mereka telah membatalkan gencatan senjata goyah yang dipersetujui dengan kerajaan pada Jun lalu dan mengarahkan...
- Advertisment -