Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Nahas bot terbalik, ragut 24 jiwa

    DHAKA, 25 SEPT – Sekurang-kurangnya 24 orang lemas manakala 24 lagi masih hilang selepas bot yang sarat membawa penganut Hindu terbalik di sebuah sungai di Bangladesh hari ini, menurut kenyataan polis.

    “Anggota bomba dan pasukan penyelam berusaha mencari lebih ramai mangsa,” kata pegawai polis tempatan, Shafiqul Islam kepada AFP, dan mengesahkan seramai 24 orang disahkan lemas, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

    Bot itu dilaporkan membawa sehingga 50 orang penganut, menurut polis.

    Mereka sedang membuat perjalanan ke sebuah kuil apabila bot yang dinaiki terbalik dan karam di tengah sungai Karotoa berhampiran bandar Boda di utara Bangladesh.

    Seorang lagi pegawai polis berkata kira-kira 25 orang masih hilang.

    Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 10 orang berjaya diselamatkan dan telah dihantar ke hospital.

    Rakaman video yang disiarkan oleh stesen TV, Channel 24 menunjukkan bot yang sarat secara tiba-tiba terbalik, menghumban penumpangnya ke sungai yang berlumpur.

    Puluhan orang yang menyaksikan kejadian dari jarak 20 meter mula berteriak dan menjerit. Cuaca ketika itu tenang.

    Ribuan penganut Hindu di negara majoriti Muslim di Bangladesh melawat Kuil Bodeshwari setiap tahun.

    Hari ini menandakan bermulanya Durqa, perayaan terbesar Hindu di Bangladesh – dan juga di timur India – menarik jumlah pengunjung yang ramai ke kuil tersebut.

    Pakar di negara yang mempunyai 170 juta orang penduduk itu menyalahkan kurang penyelenggaraan, standard keselamatan yang lemah di pelabuhan dan kesesakan sebagai punca kemalangan.

    Disember lalu, lebih 40 orang penumpang maut apabila feri tiga tingkat terbakar di selatan negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...