Nahas helikopter ragut 14 nyawa

BAKU, 30 NOV – Seramai 14 orang terkorban dalam nahas helikopter tentera Azerbaijan yang terhempas di negara Caucasus semasa latihan penerbangan hari ini, menurut pegawai.

“Seramai 14 orang maut manakala dua lagi cedera akibat nahas helikopter,” menurut kenyataan.

Kesemua mangsa yang terkorban adalah anggota tentera. Awal hari ini, perkhidmatan sempadan negara dan pendakwa raya umum berkata dalam kenyataan bersama bahawa “helikopter tentera milik perkhidmatan sempadan Azerbaijan terhempas di landasan Garakheybat di wilayah Khyzy jam 10:40 pagi waktu tempatan semasa latihan penerbangan.”

Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca nahas. – AFP