Nahas jalan raya di Mexico ragut 25 jiwa

TUXTLA GUTIERREZ, Mexico, 8 Mac – Sebuah trak yang padat dengan penghijrah Amerika Tengah melencong keluar dari sebatang lebuh raya secara tiba-tiba di selatan Mexico pada lewat semalam, mengakibatkan kira-kira 25 orang terbunuh dan mencederakan 29 yang lain, lapor para pegawai.

Kemalangan tersebut berlaku di negeri Chiapas, berdekatan sempadan Guatemala, menurut pejabat peguam negara dalam satu kenyataan.

Trak seberat tiga tan itu tergelincir keluar dari jalan raya dan terbalik, tambah kenyataan berkenaan.

Setiap tahun, ribuan penduduk Amerika Tengah, kebanyakan datang dari Honduras, El Salvador dan Guatemala, melakukan perjalanan berbahaya menerusi Mexico dalam usaha mereka untuk tiba ke Amerika Syarikat.

Kebanyakan mereka mengembara menggunakan kumpulan karavan untuk selamat, sementara yang lain mengupah penyeludup manusia dengan meletakkan mereka dalam trak yang penuh sesak dengan keadaan yang mengejutkan dan tidak bersih. – AFP