Nahas jalan raya ragut 28 nyawa

KANO, NIGERIA, 13 DIS – Dua puluh lapan orang maut di utara Nigeria semalam apabila dua buah kenderaan berlanggar dan terbakar, kata Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya negara.

Kemalangan itu membabitkan sebuah bas yang membawa sebuah keluarga untuk menghadiri satu majlis dan sebuah trak yang membawa lembu ke pasar, kata Rilwanu Sulaiman, jurucakap suruhanjaya di negeri Bauchi, hari ini.

“Kedua-dua kenderaan bertembung dan terbakar, membunuh 28 orang. Kesemua mangsa mati terbakar sehingga tidak dikenali,” kata Sulaiman.

“Kesemua 24 penumpang bas dan empat dari kenderaan lain terbunuh,” kata beliau.

Pegawai telah melancarkan siasatan dalam kemalangan, yang berlaku di kampung Gubi Gari, 18 kilometer dari ibu negeri Bauchi.

Kemalangan biasa berlaku di jalan Nigeria yang teruk, kebanyakannya akibat peman-duan cuai, melebihi had laju dan tidak menghirau peraturan lalu lintas.

Pada 19 April, tetamu majlis perkahwinan di negeri Jigawa terbunuh apabila bas yang penuh sesak terbabas di jalan raya dan terhempas selepas tayarnya pecah. – AFP