Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Nahas jet 2021: Indonesia salahkan isu mekanikal, sikap juruterbang

JAKARTA, 10 NOV – Para penyiasat Indonesia hari ini menyalahkan isu-isu mekanikal dan sikap berpuas hati juruterbang bagi nahas kapal terbang yang membawa maut tahun lalu yang membunuh kesemua 62 penumpang dan kru.

Sriwijaya Air Boeing 737-500 menjunam 3,000 meter ke perairan di luar pesisir ibu kota Jakarta hanya beberapa minit sejurus berlepas pada 9 Januari 2021.

Dalam laporan terakhirnya, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional (KNKT) Indonesia menekankan beberapa faktor yang menyumbang kepada nahas berkenaan, bermula dengan isu-isu mekanikal.

Sistem pendikit automatik enjin berkembar pesawat itu mengalami kerosakan, yang menyebabkannya condong keluar landasan, KNKT menyatakan dalam satu kenyataan media.

Jet berusia 26 tahun itu jauh menyimpang dari laluan penerbangannya sejurus sebelum menjunam.

Para penyiasat berkata sikap berpuas hati mungkin mengakibatkan ‘kurang pemerhatian’ oleh juruterbang-juruterbang, bermakna perubahan laluan tidak disedari dan mereka tidak dapat bertindak segera.

Laporan itu seterusnya menyalahkan kekurangan pengawalan dan bimbingan rasmi bagi kekurangan kemahiran dan pengetahuan juruterbang-juruterbang untuk bertindak balas terhadap situasi-situasi sedemikian. – AFP

Penyiasat KNKT, Nurcahyo Utomo memegang model kapal terbang semasa sidang media di Jakarta, Indonesia, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -