Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Nahas kereta api, 1 maut, 5 cedera

PRAGUE, 27 JUN – Seorang pemandu kereta api maut dan lima orang cedera apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah lokomotif di timur Republik Czech kelmarin, menurut kenyataan seorang penyelamat.

Pemandu kereta api ekspres Pendolino dilaporkan telah meninggal dunia dan seorang lagi pekerja mengalami kecederaan ringan dalam nahas di stesen Bohumin itu.

Empat orang yang berada di ruang kawalan lokomotif tersebut turut dirawat kerana mengalamai kecederaan di lokasi dan kemudian dibawa ke hospital.

“Kesemua mangsa sudah sedar dan nyawa mereka tidak dalam bahaya,” kata perkhidmatan kecemasan tempatan di laman sesawangnya.

Nahas tersebut telah mengganggu lalu lintas di landasan kereta api utama yang menghubungkan Prague dan Warsaw, kata polis dalam tweet mereka. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -