Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Nahas pesawat Nepal, 21 mayat ditemui

    POKHARA, NEPAL, 30 MEI – Para penyelamat Nepal telah menarik keluar 21 daripada 22 mayat penumpang dari sebuah pesawat yang terhempas ke tepi pergunungan Himalaya, kelmarin, kata tentera hari ini.

    Kawalan trafik udara terputus hubungan dengan pesawat Twin Otter yang dioperasikan oleh syarikat Nepal, Tara Air sejurus selepas ia berlepas dari Pokhara di barat Nepal menuju ke Jomsom pagi kelmarin, sebuah destinasi popular.

    Anggota tentera mengongsikan dalam media sosial gambar bahagian pesawat udara itu dan serpihan pesawat yang bertaburan di tepi pergunungan, termasuk sayap dengan nombor pendaftaran 9N-AET.

    “Sebanyak 21 mayat telah ditemui dan pasukan sedang mencari seorang lagi mangsa,” kata jurucakap tentera Nepal, Narayan Silwal kepada AFP.

    “Operasi menyelamat di sana berdepan kesukaran. Serpihan pesawat udara itu berkecai di semua tempat,” kata pegawai polis di tapak kejadian.

    Bangkai pesawat Twin Otter yang berkecai di tepi pergunungan di Mustang. – AFP

    Kira-kira 60 orang terlibat dalam operasi, termasuk tentera, polis, jurupandu gunung dan warga tempatan, kebanyakan mereka mendaki ke gunung itu selama beberapa batu untuk tiba di lokasi nahas.

    Pihak berkuasa penerbangan awam berkata pesawat itu ‘kemalangan’ pada kedudukan 14,500 kaki di kawasan Sanosware di perbandaran Thasang.

    “Mengambil kira gambar yang kami terima, kelihatannya pesawat itu tidak terbakar. Semuanya berkecai di tapak tersebut. Pesawat itu kelihatannya berlanggar dengan batu besar di tepi bukit,” kata jurucakap Lapangan Terbang Pokhara, Dev Raj Subedi.

    Mangsa merupakan empat warga India, dua rakyat Jerman dan selebihnya warga Nepal termasuk seorang jurutera komputer, isteri dan dua anak perempuan mereka yang baru pulang dari AS.

    Empat warga India merupakan pasangan bercerai bersama anak perempuan dan lelaki mereka berusia 15 dan 22 tahun yang sedang bercuti, kata pegawai polis India, Uttam Sonawane kepada AFP.

    “Ia adalah arahan mahkamah terhadap ayahnya untuk meluangkan masa bersama keluarga selama 10 hari tiap-tiap tahun, sebab itu mereka membuat perjalanan tersebut,” kata Sonawane. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...