Naib presiden Ecuador letak jawatan

QUITO, 5 Dis – Naib presiden Ecuador semalam meletak jawatan susulan tuduhan oleh bekas pembantunya bahawa beliau menerima rasuah semasa berkhidmat sebagai pengubal undang-undang lima tahun lalu.

Maria Alejandra Vicuna mengumumkan peletakan jawatannya menerusi Twitter dan berkata negara Amerika Selatan itu tidak layak berdepan ‘ketidakstabilan’ disebabkan oleh krisis.

Ia dibuat sehari selepas Presiden Lenin Moreno tidak melibatkan diri, menggantungnya daripada jawatan bagi memberikan beliau masa untuk melawan tuduhan itu.

Di Ecuador, naib presiden hanya boleh dipecat menerusi proses pemecatan semasa perhimpunan agung di mana pada minggu lepas beliau menerima gesaan untuk meletak jawatan.

Vicuna menjawat jawatan itu lebih setahun selepas menggantikan Jorge Glas yang disabitkan bersalah dan dipenjara untuk tempoh enam tahun mengenai penglibatannya dalam skandal rasuah Oderbrecht.

Tuduhan ke atas Vicuna dicetuskan oleh bekas pembantunya, Angel Sagbay yang menyatakan pada minggu lepas bahawa ketika beliau berkhidmat sebagai penasihat Vicuna pada 2012 dan 2013, beliau seringkali menyimpan wang berjumlah $20,000 ke dalam akaun Vicuna yang beliau dakwa adalah hasil rasuah.

Pihak pendakwa juga menjalankan siasatan mengenai tuduhan rasuah itu dan Vicuna berkata beliau yakin bahawa beliau tidak akan didapati bersalah oleh pihak mahkamah. – AFP

Gambar yang diambil pada 13 April 2018 menunjukkan Presiden Lenin Moreno (kanan) dan Alejandra Vicuna hadir bagi sidang akhbar di ibu pejabat ECU911 di Quito. Vicuna semalam mengumumkan peletakan jawatan susulan terpalit dengan skandal rasuah. – AFP