Naib Presiden Ivory Coast letak jawatan

ABIDJAN, 13 JULAI – Naib Presiden Ivory Coast, Daniel Kablan Duncan telah meletak jawatan, kata pejabat presiden hari ini, satu pengumuman yang keluar susulan kematian mengejutkan Perdana Menteri Amadou Gon Coulibaly pada 8 Julai.

Kablan Duncan, 77, ‘menyerah surat peletakan jawatan kepada presiden atas sebab-sebab peribadi pada 27 Februari’, katanya dalam satu kenyataan yang dibaca oleh ketua kakitangan Patrick Achi.

“Selepas beberapa perbualan, yang terbaharu pada 7 Julai, presiden menerima surat tersebut dan pada 8 Julai menandatangani satu perintah menamatkan tugas Kablan Duncan.”

Desas-desus mengatakan Kablan Duncan akan meninggalkan jawatan telah tersebar selama beberapa hari.

Beliau dilihat rapat dengan Presiden Alassane Ouattara, walaupun beliau ialah anggota parti yang pernah membentuk sebahagian daripada perikatan politik Ouattara sebelum menyertai parti pembangkang.

Tokoh veteran dalam politik Ivory, Kablan Duncan berkhidmat sebagai menteri luar dari 2011 hingga 2012 dan seterusnya sebagai perdana menteri yang bertanggungjawab terhadap ekonomi dan kewangan dari 2012 hingga 2017. – AFP

Gambar fail menunjukkan Naib Presiden Ivory Coast, Daniel Kablan Duncan menghadiri mesyuarat bersama penyokong parti di Treichville, Abidjan. – AFP