Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Naim Daniel serius soal kahwin, nak bagi ibu menantu

    Merenung pencapaian yang masih belum tercapai, penyanyi Naim Daniel mahu merealisasikan impian memberi menantu kepada ibunya.

    Walaupun begitu, Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, tidak akan terburu-buru dalam hal ini, sebaliknya memilih untuk mengenali seseorang dengan lebih mendalam terlebih dahulu sebelum berkahwin.

    Penyanyi lagu Lelaki Gila itu juga berjanji akan lebih serius dalam soal jodoh agar impian berkahwin terlaksana.

    “Setakat ini pencapaian yang belum dicapai adalah saya belum ada isteri. Saya nak beri ibu saya menantu.

    “Tahun ni saya cuba nak mengenali seseorang tetapi saya tidak tergesa-gesa pun dengan benda ini (berkahwin).

    Naim Daniel, penyanyi berbakat Malaysia yang terkenal dengan lagu Lelaki Gila. – mStar

    “Kali ini memang saya cari untuk berkahwin. Saya datang cekak leher, tanya nak kahwin tak!,” katanya kepada mStar.

    Naim berkongsi perkara itu ketika ditemui di pelancaran Extended Play (EP) terbaharu Iman Troye berjudul Janji Raya yang berlangsung di Suria KLCC kelmarin.

    Dalam pada itu, Naim memberitahu bahawa dia tidak memandang latar belakang seseorang sama ada berpangkat atau pun tidak.

    Sebaliknya Naim mengharapkan pasangan yang boleh memberi sokongan sepenuhnya dalam mengharungi kehidupan bersama.

    “Saya tak kisah jika seseorang itu dari dalam industri atau luar industri asalkan memahami cara kerja masing-masing.

    “Saya sangat mahukan seseorang yang betul-betul menyokong antara satu sama lain,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda