Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Najib keluar cek bayar 18 individu, UMNO bahagian dan syarikat

    KUALA LUMPUR, 7 SEPT – Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengeluarkan 38 cek berjumlah RM8.4 juta daripada akaun peribadinya yang dibayar kepada 18 individu, enam entiti politik dan enam syarikat antara 2011 dan 2012.

    Pengurus Kanan Bahagian Pusat Pemprosesan Cek AmBank (M) Berhad Badrul Hisam Mohamad, 48, berkata antara penerima individu cek tersebut ialah bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam dan bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem, masing-masing berjumlah RM100,000.

    Saksi pendakwaan ke-36 itu mengesahkan cek-cek tersebut diberikan kepada enam syarikat keseluruhannya berjumlah RM1,428,250; lima UMNO cawangan dan bahagian (RM4,670,000); Barisan Nasional cawangan Tun Razak (RM200,000) dan 18 individu berjumlah RM2,107,600 daripada akaun AmBank peribadi Najib yang berakhir dengan nombor 694.

    “Datuk Seri Najib mengeluarkan cek yang dibayar kepada UMNO Bahagian Pekan berjumlah RM200,000, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pekan (RM170,000), Wanita UMNO Selangor (RM1.9 juta), UMNO Selangor (RM2 juta), UMNO Bahagian Machang (RM400,000) dan Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak (RM200,000).

    “Antara syarikat yang menerima cek daripada Datuk Seri Najib pula ialah Qalif Umar Creative (RM130,000), Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM274,750), Gading Emas Management Services (RM50,000), Fanisa Consultancy And Services (RM95,000) dan Two One Holidays Malaysia Sdn Bhd (RM178,000), yang keseluruhannya berjumlah RM1.4 juta,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas perdana menteri itu. – Bernama

    Datuk Seri Najib keluar dari Kompleks Mahkamah untuk bertemu penyokongnya di luar selepas mahkamah berehat seketika bagi prosiding pendengaran rayuan terakhir Najib.- Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...