Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Najib kemuka petisyen kepada PBB, mohon bebas penjara

    KUALA LUMPUR, 5 JAN – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Berkaitan Penahanan Arbitrari (UNWGAD) memohon agar dibebaskan daripada penjara atau kes SRC International Sdn Bhd dibicarakan semula.

    Bekas Perdana Menteri itu memfailkan petisyen tersebut pada 1:30 tengah hari di pejabat Suruhanjaya Tinggi Geneva secara digital melalui Tetuan Shafee & Co.

    Pada sidang akhbar, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata anak guamnya memfailkan petisyen itu susulan pendengaran rayuan kes tersebut di Mahkamah Persekutuan yang didakwa mempunyai kecacatan serius dan bercanggah dengan peraturan keadilan antarabangsa.

    “Najib memohon panel UNWGAD yang terdiri daripada lima pakar mengenai keadilan antarabangsa untuk memutuskan bahawa penolakan rayuannya oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lepas adalah tidak adil, cacat serta mencabuli hak asasi beliau dan Perlembagaan Persekutuan.

    “Prosiding Mahkamah Persekutuan gagal memberikan peluang yang munasabah kepada beliau untuk menghujahkan kesnya dan menafikan peguamnya masa yang mencukupi untuk membuat persiapan.

    “Malah mahkamah itu juga tidak membenarkan pasukan pembelaan beliau untuk berhujah ketika rayuan mengenai hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhi ke atasnya,” kata
    peguam itu.

    Beliau juga berkata tempoh beberapa hari terakhir sebelum pendengaran rayuan itu telah membawa kepada “keadilan yang tergesa-gesa” apabila pembelaan tidak diberikan
    masa secukupnya yang diperlukan untuk meneliti berpuluh-puluh ribu halaman dokumen rayuan atau memahami 94 alasan rayuan yang difailkan oleh peguam terdahulu Najib.

    Muhammad Shafee berka-ta justeru Najib menzahirkan harapan dan keyakinan baha-
    wa kerajaan semasa akan mematuhi keputusan yang akan dibuat oleh UNWGAD.

    Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. – Bernama

    Tan Sri Muhammad Shafee bercakap pada sidang media di pejabatnya di Bukit Tunku kelmarin mengenai petisyen yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kes SRC International Sdn Bhd. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...