Saturday, October 1, 2022
24.8 C
Brunei

Najib masih Ahli Parlimen Pekan

-

KUALA LUMPUR, 5 SEPT – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih lagi Ahli Parlimen Pekan, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata ini memandangkan petisyen pengampunan telah difailkan Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan pada Jumaat lepas (2 September), iaitu dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan.

“Maka kuat kuasa kehilangan kelayakan beliau sebagai Ahli Parlimen hanya akan bermula sebaik sahaja petisyen pengampunan itu dibereskan (sekiranya petisyen itu ditolak). 

“Ini bermakna status Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Ahli Parlimen Pekan pada masa ini tidak berubah dan akan hanya dimuktamadkan apabila petisyen pengampunan itu dibereskan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -