Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Najib stabil, kekal terima rawatan di HKL

    PUTRAJAYA, 13 SEPT – Keadaan kesihatan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin adalah stabil dan bekas perdana menteri itu akan terus menerima rawatan di hospital berkenaan (HKL), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

    Khairy berkata beliau telah menghubungi Pengarah HKL Datin Paduka Dr Rohana Johan dan dimaklumkan bahawa Najib berada dalam keadaan stabil, serta tidak perlu dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

    “Saya minta HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan Datuk Dr Asmayani Khalib untuk berikan rawatan susulan yang diperlukan Najib, supaya isu ini tidak lagi dipertikaikan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book of Record dan Pelancaran Laporan ‘Record Breaking COVID-19 Vaccination: Public Private Partnership’ di sini hari ini.

    Khairy mengulas kenyataan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bekas perdana menteri itu berkemungkinan akan dipindahkan ke IJN dan mendakwa tekanan darah Najib tidak menentu.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam dilaporkan berkata Najib, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos lepas, dimasukkan ke HKL pada 9 Sept sebagai kes elektif dan bukan kecemasan, untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum.

    Najib dibenarkan discaj pada Sabtu (10 Sept) selepas menjalani pemeriksaan dan ujian berkaitan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah, yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing, dan keadaannya adalah sihat sebelum dibenarkan discaj.

    Bagaimanapun, semalam perbicaraan kes Najib bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dilaporkan disingkatkan, bagi membolehkan Najib mendapatkan rawatan perubatan. – Bernama

    Khairy Jamaluddin (kiri) bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination : Public-Private Partnership di Kementerian Kesihatan kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...